JALAN RAMBAI OFF JALAN SANTONG
09-8272686
Ikuti Kami Di
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan Seri Paka terus menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah melalui Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi ini menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta akan negara, menghargai perjuangan para pejuang kemerdekaan serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid dan warga sekolah.

Majlis Penuh Semangat Patriotik

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, diikuti dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan agar segala aktiviti yang dirancang sepanjang Bulan Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Seterusnya, penyelaras program menyampaikan ucapan yang memberikan gambaran tentang pengisian dan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan di SK Seri Paka.

Suasana majlis bertambah meriah dengan persembahan murid yang mencerminkan semangat patriotik dan kecintaan mereka terhadap tanah air.

Ucapan perasmian oleh En. Ahmad Fadhlin

Kemuncak majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Penolong Kanan HEM SK Seri Paka, Encik Ahmad Fadhlin B. MD Dagang.

Dalam ucapan tersebut, warga sekolah diseru agar menjadikan sambutan Bulan Kebangsaan sebagai platform untuk meningkatkan rasa cinta kepada negara, menghargai kepelbagaian serta mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Semangat patriotisme bukan sekadar dizahirkan melalui kibaran Jalur Gemilang, malah perlu diterapkan melalui sikap menghormati negara, mematuhi peraturan, menjaga keharmonian dan menjadi murid yang bertanggungjawab.

Gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan

Gimik pelancaran bulan kebangsaan
Gimik pelancaran bulan kebangsaan

Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran Bulan Kebangsaan yang menjadi simbolik bermulanya pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan kemerdekaan di SK Seri Paka.

Gimik tersebut turut menyemarakkan lagi suasana dan memberikan keterujaan kepada murid untuk bersama-sama menyertai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Selain itu, turut berlangsung penyerahan Jalur Gemilang dan sumbangan kepada guru kelas sebagai salah satu usaha menyemarakkan suasana patriotik di peringkat kelas.

Nyanyian Lagu Patriotik

Nyanyian lagu patriotik

Bagi mengakhiri majlis, seluruh warga sekolah bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat.

Nyanyian lagu patriotik menjadi antara momen yang paling bermakna kerana dapat menyatukan warga sekolah dalam satu suasana penuh kecintaan kepada tanah air.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bersurai.

Semangat Merdeka, Tanggungjawab Bersama

Sambutan Bulan Kebangsaan di SK Seri Paka bukan sekadar sebuah program tahunan, tetapi merupakan usaha berterusan pihak sekolah dalam membentuk generasi muda yang mempunyai jiwa merdeka, semangat patriotik, jati diri yang kukuh serta menghargai keamanan dan perpaduan.

Semoga pengisian sepanjang Bulan Kebangsaan dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua murid dan warga sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *