Bazar Buku Sempena Budaya dan Karnival Semarak Jawi 2026 @ PPAT
Warga SK Kebangsaan Seri Paka dijemput memeriahkan Bazar Buku sempena Budaya dan Karnival Semarak Jawi 2026 @ PPAT yang berlangsung pada 25 Julai hingga 1 Ogos 2026, bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).

Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama pelbagai agensi ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. Antaranya ialah jualan buku daripada pelbagai genre, pameran dan persembahan kebudayaan, Pameran Semarak Jawi, aktiviti seni kreatif, reruai pameran, serta gerai makanan dan kraf.

Penganjuran program ini bertujuan memupuk budaya membaca, memperkasakan penggunaan tulisan Jawi serta menghargai warisan budaya tempatan dalam kalangan masyarakat. Murid, ibu bapa dan warga sekolah digalakkan mengambil peluang mengunjungi bazar ini bagi menambah ilmu, menyertai aktiviti yang disediakan dan menyemarakkan minat terhadap pembacaan serta budaya Melayu.

Jom sama-sama hadir dan meriahkan Bazar Buku Budaya dan Karnival Semarak Jawi 2026 @ PPAT! 📚✨
