JALAN RAMBAI OFF JALAN SANTONG
09-8272686
Ikuti Kami Di
🏏 Tahniah Wira Kriket SK Seri Paka! 🏏

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan Kriket SK Seri Paka atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Kriket Jerong Super Six 2026 Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 2 hingga 3 Julai 2026 di Jerong Oval.

Lebih membanggakan, pemain SK Seri Paka,

🌟 PUTERA MUHAMMAD AIDIL ATHA BIN AIZAT

telah dinobatkan sebagai Best Batsman kejohanan atas aksi cemerlang dan konsisten sepanjang pertandingan.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, jurulatih, guru pengiring serta sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga sekolah.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang serta mengharumkan nama SK Seri Paka di persada sukan negeri dan kebangsaan.

Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan! 💙💛

#SKSeriPaka
#KriketSESKA
#JerongSuperSix2026
#TempatKetigaNegeri
#BestBatsman
#AnakYangBaikLagiCerdik
#SESKACemerlang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *